ComelComelBaby Collection
Powered by Blogger.
RSS

Anak Anugerah





SETIAP individu akan diuji dengan kegagalan, kekecewaan, kemiskinan atau kesakitan. Malah kebahagiaan, kemewahan, dan kecantikan juga antara ujian buat mereka.
Hakikatnya, manusia diuji dengan cara berbeza-beza bagi menilai rasa kehambaan kepada Penciptanya. Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: Tidak sesekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal.” (Surah at-Tawbah ayat 51).
Sebab itu, apabila ditimpa ujian, kita perlu pasrah dengan apa yang berlaku malah tidak sesekali mempersoalkannya. Umat Islam juga diajar supaya mengucapkan kalimah istirja’ iaitu ‘Inna lillah wa inna ilaihi raji’un’ apabila ditimpa ujian.

Maksudnya, iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali.
Tidak terlepas dalam masyarakat kita, ada mempercayai musibah yang berlaku datangnya daripada sial, badi atau nasib malang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS